'Pre-convo' sampai lencun dalam sungai, ada pula netizen kaitkan dengan Pandalela Rinong - Viral | mStar

'Pre-convo' sampai lencun dalam sungai, ada pula netizen kaitkan dengan Pandalela Rinong

Foto pelajar berkenaan yang dimuat naik ke Instagram sebelum ditularkan di Twitter.

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) memuat naik foto 'pre-convo' di dalam sungai ternyata mengundang kecaman netizen.

Foto yang diambil dari Instagram pelajar tersebut dimuat naik semula ke laman Twitter oleh seorang invididu sehingga menerima 8,000 ulang kicau (Retweet).

"Bukan nak kecam dik. Cuma jubah konvo ni bukan murah. Beratus-ratus harganya. Kita hantar dobi dan simpan elok-elok untuk make sure  tenunan dan warnanya tetap cantik untuk dipakai oleh graduan akan datang.

"Jangan lah pakai pegi mandi sungai lagi ya! Sian jubah tu," tulis @FaizalKamsani sambil menyertakan dua foto pelajar tersebut.

Menerusi dua foto yang dikongsi, pelajar berkenaan memakai jubah konvoksyen dengan mortar board, dipercayai dipinjam untuk majlis graduasinya.

Perkongsian semula oleh pemuda ini menerima 8,000 ulang kicau.

Dia dilihat memakai pakaian rasmi itu sambil duduk di atas batu air terjun dalam keadaan basah kuyup.

Identiti pelajar itu bagaimanapun gagal dikenal pasti kerana wajah serta nama Instagram miliknya ditutup.

Foto itu menimbulkan kemarahan ramai dan rata-rata netizen menyifatkan perlakuannya seolah-olah tidak menghormati pakaian tersebut.

Tindakan pelajat tersebut turut dikaitkan dengan video terjunan sambil memakai jubah oleh Pandalela, baru-baru ini.

Lebih teruk, ada netizen yang turut mengaitkan tindakan itu dengan video ratu terjun negara, Pandalela Rinong yang terjun ke dalam kolam sambil memakai jubah konvokesyen, Oktober lalu.

Malah, segelintir netizen turut bertindak melampau apabila melemparkan kata-kata kesat buat pemuda tersebut.

"Jubah dah la mahal. Caption boleh pulak kata don't kecam . Lain la kalau pakai tshirt bundle nak mandi lumpur pun takde sapa nak kecam," tulis @stfu_aryana.

"Jika anda fikir orang yang bijak sahaja dapat konvo, anda silap. Orang bebal pun dapat konvo," tulis @NYQB10.

"Padan la orang susah nak amek fresh grad bekerja. sebab ni la, bo**h yang amat. Tak boleh bncang lagi dah dia punya bo**h tu," tulis seorang lagi netizen.

Pre-convo , Konvokesyen

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain