suria

"Mana ada tunjal, itu dia tolak muka Yom untuk paling bergambar" - Nur Shahida

Nur Shahida bersama dua anak angkatnya, Qayyum dan Ameena. Foto Instagram Nur Shahida.

PETALING JAYA: Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyangkal dakwaan seorang netizen yang mendakwa pembantu rumahnya cuba mendera salah seorang anak angkat mereka, Qayyum.

Nur Shahida tampil mempertahankan pembantu rumahnya itu selepas seorang pengguna akaun Instagram @nuralya913 memuat naik video di Instagram yang memperlihatkan adegan bibik berkenaan yang didakwa seolah-olah menunjal kepala Qayyum.

Video tersebut yang dimuat naik di Instagram dengan kapsyen "Salam semua jom viralkan... Maybe ni sebab kenapa Qayyum selalu menangis... maybe kes dera" telah ditonton lebih 50,000 kali.

"Mana ada tunjal. Itu dia tolak muka Yom (Qayyum) untuk palingkan bergambar," kata Nur Shahida.

Nur Shahida bersama keluarganya dan juga pembantu rumah, sempena sambutan hari lahir tiga anak mereka. - Foto Instagram Nur Shahida.

Pada masa sama, Nur Shahida turut menegur gadis tersebut yang didakwa cuba menimbulkan fitnah terhadap pembantu rumahnya itu.

"@nuralya913 awak jangan samakan orang lain. Ameena ok je, kenapa nak kata kes dera pula. Apa motif dia nak dera Qayyum.

"Ada kesan lebam atau pukul yang awak nampak ke? Kalau tak sahih jangan tulis sembarangan jatuh fitnah," katanya.

Komen balas Nur Shahida bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang gadis yang memuat naik video tersebut sehingga menjadi tular di media sosial.

"@shahidadherbs wahhh hebat datin. Palingkan muka guna satu tangan? Tolak tu. Kalau palingkan muka orang boleh tau. Astafirullah. Ingat ke Mekah dapat manfaat tapi kaedah untuk mempertahankan yang salah.

"At least cuba nasihat. Jangan nak perbetulkan apa yang salah. Maybe Allah buka aib ini setelah Datin ke Mekah untuk lebih peka jaga kesemua anak-anak tak kira darah daging sendiri mahupun anak angkat," tulisnya.

Sementara itu, Nur Shahida menerusi reaksi balasnya berkata beliau enggan ambil pusing mengenai segala komen yang dilemparkan terhadap pembantu rumahnya itu.

"Suka hatilah awak-awak nak komen apa-apa, nak kutuk ke nak apa ke ikutlah. Saya pun malas nak fikir-fikir," katanya.

Video tersebut dipercayai dirakam semasa majlis sambutan hari lahir tiga anak mereka Qadejah, 8, Ibraheem, 6 dan Qayyum, 1.

Tidak terhenti di situ, gadis tersebut turut memuat naik gambar Qayyum yang kononnya ada kesan lembam di pipi.

"Kalau Datin Shahida tanya soal lebam-lebam. Mungkin awak boleh jawab gambar yang ini kot," katanya.

Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi netizen, malahan ada yang turut meminta Nur Shahida supaya memeriksa kesahihan insiden itu.

Shazlinnajuwaabdullah berkata:"Shahidadherbs apa-apa pun please check dulu eh Datin... baik mencegah kan. Semoga Allah pelihara budak-budak tu selalu."

Yatthu01 berkata:"Ya Allah sedihnya tengok muka Qayyum. Ye pun janganlah sampai macam tu. Cuba cakap 'Yom tengok kamera tu, tengoklah kamera tu. Ni tak main tolak je muka dia. Cubalah tengok berkali muka bibik tu baru korang faham. Kesian Qayyum, semoga Allah lindungi Qayyum ye.

Nur Shahida bersama bibik yang didakwa seorang gadis cuba menunjal kepala Qayyum.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang mendakwa gadis tersebut sengaja mahu mencari publisiti murahan.

Aaisyazara berkata:"Kecohlah kau ni. Tu macam normal je biasalah jaga budak-budak banyak songeh. Bibik tu bukan robot. Mungkin penat ke. Ingatkan kasar macam manalah. Aduuu... video pun tak ada suara. Tak kukuh lagi kau punya video ni. Jangan asyik nak cari kesalahan orang je."

Sarahmarryabdullah berkata:"nuralya913 kena faham ayat tunjal. Hang ni macam polis je. Macam-macam ko ni nak publisiti murahan ke dik. Agak-agaklah. Kalau tunjal dahi budak tu, kepala budak tu mesti dah kebelakang macam ditolak. Adoi ko ni dik, beragak-agaklah."

Dalam pada itu, video tersebut turut mendapat perhatian pelakon Yana Samsudin yang menggesa gadis berkenaan supaya membuat laporan polis dan bukannya menviralkan perkara tersebut di media sosial.

"Bertenang. Senang cerita, report je kat balai polis. Kalau tak report, viral viral pun tak guna. Tak ada tindakan. Nanti pihak berkuasa tahulah jalankan siasatn. Kalau betul dera, ada keadilan buat adik Qayyum... dan sebaliknya," kata Yana.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nur Shahida, Qayyum

Artikel Lain