Pemuzik letak 40 syarat untuk bakal awek, tapi dua syaratnya buat gadis ‘angkat kaki’ - Viral | mStar

Pemuzik letak 40 syarat untuk bakal awek, tapi dua syaratnya buat gadis ‘angkat kaki’

Mohammad Effendy mencari wanita yang sudi memenuhi 40 syarat dalam kontrak cintanya.

PETALING JAYA: Jika sudah bertemu pasangan yang dirasakan serasi, pasti hubungan itu diharap berakhir di jenjang pelamin.

Namun, tidak semua yang dirancang akan menjadi kenyataan.

Itulah hakikat pahit yang harus ditelan oleh seorang pemuzik, Mohammad Effendy Masdupa, 24, apabila mahligai yang ingin dibina bersama gadis pilihannya putus di tengah jalan.

Enggan pisang berbuah dua kali, pemain dram tersebut menyediakan kontrak 'Perjanjian Dua Hati' untuk ditandatangani oleh wanita yang ingin berkenalan dengannya.

Personaliti media sosial yang mempunyai lebih 35,000 pengikut di Twitter itu memuat naik kontrak tersebut pada Ahad tetapi memadamnya kira-kira 24 jam kemudian.

Mohammad Effendy memadam posting tersebut kerana menerima banyak pesanan peribadi (direct message) daripada mereka yang berminat dengannya.

Fendy merupakan seorang pemain dram.

Posting tersebut turut menerima kecaman daripada netizen yang beranggapan pemuda berkenaan meniru jalan cerita yang dipaparkan dalam drama televisyen.

"Saya sering kali dilukai. Saya dah jaga hubungan tu tapi kami putus tiga bulan lepas.

"Ditambah dengan pengalaman lalu dan berlaku benda yang sama (putus hubungan)... saya rasa nak cari kelainan untuk memulakan perhubungan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menurut Mohammad Effendy, dia menetapkan sebanyak 40 syarat di dalam perjanjian tersebut dan telah bertemu dengan tiga gadis yang berminat untuk menjadi pasangannya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga calon tersebut enggan meneruskan hajat mereka setelah membaca dua daripada 40 syarat berkenaan.

Sebahagian daripada 40 syarat yang ditetapkan oleh Mohammad Effendy dalam 'Perjanjian Dua Hati'.

"Semua tak sanggup tandatangan perjanjian itu kerana ada syarat yang mereka tidak dapat penuhi.

"Mereka tidak bersetuju bila saya kenakan syarat hanya boleh ucapkan perkataan cinta atau rindu sebulan sekali. Saya nak ungkapan itu rasa ‘mahal’, tidak mudah diucap selalu.

"Syarat lagi satu yang mereka tidak dapat ikut adalah 'tidak boleh bersentuhan'," jelasnya.

Bagi pemuda itu, perjanjian tersebut bukan dibuat demi meraih publisiti, sebaliknya dia ingin lebih berhati-hati dalam menjalinkan percintaan.

Katanya, jika hanya cara itu yang berkesan buat dirinya, dia tidak kisah untuk meneruskan perjanjian tersebut.

"Pada saya, kita selama ni tiada peraturan dalam perhubungan dan terlalu bebas. Ia membuatkan pasangan cepat tawar hati.

"Saya nak tapis satu-satu sama ada dia boleh ikut atau tidak syarat tersebut," ujarnya yang menyasarkan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

kontrak cinta , Fendymojo

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain