suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suri rumah jatuh balkoni selepas bertengkar dengan suami, jiran jumpa dalam keadaan terlentang

Pergaduhan suami isteri boleh menjadi punca tercetus keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mengalami kecederaan selepas dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat empat sebuah pangsapuri di Cheng, Melaka dalam kejadian Jumaat pagi. 

Insiden itu berlaku selepas mangsa, yang merupakan seorang suri rumah dikatakan bertengkar dengan suaminya berusia 33 tahun.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang oleh jiran sekitar pukul 8.55 pagi, sebelum mereka segera menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata siasatan awal mendapati wanita itu berada di rumah bersama suaminya ketika kejadian.

“Hasil rakaman percakapan mendapati suami mangsa, yang bekerja sebagai kelindan lori, mengakui berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum isterinya terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasangan itu berkahwin sejak 2023 tetapi masih belum dikurniakan anak. 

Susulan itu, mangsa menerima rawatan di Hospital Melaka dan pihak polis kini sedang mengesan saksi bebas yang mungkin melihat kejadian tersebut.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Artikel Lain