suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki lari bawa anak jerit... tembakan, tembakan! Pengunjung pusat beli-belah di Setia Alam bertempiaran

Pengunjung berkumpul di luar pusat beli-belah selepas insiden tembakan di dalam premis. -Foto X

PENGUNJUNG di sebuah pusat beli belah di Setia Alam bertempiaran lari sejurus selepas kedengaran bunyi tembakan di dalam premis berkenaan.

Laman X turut dibanjiri dengan perkongsian pengguna media sosial yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Salah seorang pengguna berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9.50 malam, Sabtu.

"Saya sedang menuju ke aras LG. Sebelum meneruskan perjalanan, saya diberitahu oleh salah seorang pekerja supaya jangan ke sana sebab ada part timer kena tembak. All of sudden, saya dengar ada lagi bunyi tembakan dekat LG.

"Mereka kata ada rompakan. Saya berada di Sushi Zanmai apabila sekumpulan orang tiba-tiba berlari ke arah kami. Seorang lelaki yang memegang anaknya menjerit... tembakan, tembakan!

"Nasib aku sempat lari dengan anak dan kakak. Terbaca, ada orang kena tembak, betul ke," tulis beberapa pengguna.

Difahamkan, pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian mengarahkan pengunjung untuk mengosongkan premis sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan pihak polis mengesahkan satu kejadian tembakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.

Namun kenyataan lanjut masih belum dikeluarkan setakat ini.

Artikel Lain