suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saksi dedah mayat Zayn Rayyan di sungai nampak seperti sedang tidur

Ibu bapa Zayn Rayyan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis.

SEORANG saksi pendakwaan mengimbas detik penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Matin ketika perbicaraan kes pengabaian kanak-kanak autisme terbabit di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis.

Testimoni itu diberikan di depan bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan ibu, Ismanira Abdul Manaf.

Saksi pendakwaan keenam, Faizul Najib Abd Munaim, 47, berkata, dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas menunaikan solat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Saksi yang bekerja sebagai eksekutif jualan syarikat swasta itu berkata, dia mengikuti operasi mencari di aliran sungai bersama dua lagi penduduk yang tidak dikenali dan diikuti empat kanak-kanak lain.

Waktu itu adalah sekitar pukul 9.40 malam, dia menggunakan lampu suluh untuk melihat kawasan sekitar yang dipenuhi semak-samun.

"Kemudian, saya nampak ada badan kanak-kanak itu, saya terus jerit... dah jumpa, panggil ambulans! Kemudian saya terus terjun ke sungai dengan kedalaman lebih satu meter.

“Saya nampak badan arwah berada di beting pasir dalam keadaan bersih, seolah-olah dia tengah tidur.

“Ketika saya menjerit dia tidak memberikan respons, saya sangka paling tak kelipkan mata, malangnya tiada tindak balas," katanya.

Artikel Lain