KEAKRABAN Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pelakon Bella Astillah bukan sekadar mengundang perhatian masyarakat, malah turut mendapat reaksi dalam kalangan ahli politik. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid secara terbuka tampil menegur bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu agar tidak melupakan tanggungjawab utamanya sebagai wakil rakyat. "Akak nak nasihatkan kepada adik Syed Saddiq supaya kembalilah fokus kepada tugasan adik yang sebenarnya iaitu wakil rakyat. "Tapi kalau adik rasa adik tak mampu galas lagi tanggungjawab sebagai wakil rakyat, maka serahkanlah tugasan itu kepada individu lain. ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Bella Astillah dan Syed Saddiq sedondon berbaju tradisional panjat Gunung Kinabalu "Akak faham yang adik nak tunjukkan yang adik ni menjiwai anak muda, contohnya suka bersukan, suka melancong... tak ada masalah. Melepak dengan artis, tak ada masalah juga. "Tapi bukanlah keterlaluan sampai keluar dalam berita gosip. Kita kena tunjuk teladan yang baik kepada anak muda menerusi media sosial," katanya menerusi video berdurasi 1.11 minit di laman TikTok dimuat naiknya, pada 25 Januari lalu yang kini tular. Wakil rakyat daripada DAP itu turut menasihatkan Syed Saddiq agar menggunakan pengaruh dan platform yang dimilikinya untuk berkhidmat kepada rakyat, dan bukan meraih populariti semata-mata. "Kita ni dibayar gaji yang tinggi untuk all out bantu rakyat di kawasan, bukan ambil kesempatan guna jawatan mendekati golongan-golongan tertentu. Apa cerita dekat Parlimen Muar? Takkan tak ada isu kot? Ulaslah dalam TikTok. "Lepaskan jawatan Ahli Parlimen kepada rakyat kalau rasa tak mampu nak galas tanggungjawab tersebut. Kita biar rakyat pilih yang baharu," ujarnya lagi. Sehingga kini video berkenaan meraih 818,000 jumlah tontonan dan ribuan komen warga maya.