suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duit RM500,000 dalam bagasi sudah diserah kepada pemilik

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

POLIS mengesahkan beg berisi wang tunai RM500,000 yang ditemui seorang pengawal keselamatan di tempat letak kereta di pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, pada Mac tahun lalu, sudah diserahkan kepada pemiliknya.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menyerahkan wang tunai tersebut kepada individu yang merupakan pemilik sebuah syarikat.

"Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan wang dan beg itu dikembalikan kepadanya melalui perintah mahkamah. Ia sudah diserahkan pertengahan November lalu.

"Kes ini dianggap selesai dengan penyerahan wang tunai berkenaan," katanya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu kereta jumpa beg berisi duit RM1 juta di selekoh jalan

Media sebelum ini melaporkan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara menemui bagasi berisi wang tunai RM500,000 yang ditinggalkan di kawasan parkir pada 19 Mac tahun lalu.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudian bertindak membuat laporan polis.

Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun ia tidak fokus ke arah lokasi penemuan bagasi.

Justeru polis meminta pemilik bagasi tampil bersama bukti untuk menuntut wang berkenaan, sebelum menerima laporan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bagasi terbabit adalah milik mereka.

Artikel Lain