POLIS menjumpai mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang, Yong Jia Yein. Mayat wanita itu ditemukan di Pantai Remis, Jeram di Selangor. Keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut. Ketua Polis Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu. Terdahulu, laporan mengenai individu hilang dibuat pada pukul 12.36 pagi Jumaat lalu (31 Januari) susulan kehilangan wanita itu pada 29 Januari. Yong Jia Yein, 34, kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya di Kondominium Pelangi Utama menaiki sebuah Proton Iswara berwarna biru. -The Star