suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas dibunuh guna objek tumpul, dibiar mereput dalam rumah... Anak dan teman wanita ditahan

Perbuatan jenayah boleh dilakukan oleh ahli keluarga terdekat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tergamak memukul ibu kandungnya di bahagian kepala menggunakan objek tumpul sehingga maut dalam kejadian di Pangsapuri Orkid, Butterworth, Pulau Pinang pada Jumaat.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu.

Lebih memilukan apabila teman wanita kepada suspek dikatakan turut terlibat dalam insiden terbabit.

Mayat mangsa yang berusia 60 tahun ditemukan di pangsapuri berkenaan dengan keadaan tubuhnya sudah mula mereput.

Suspek dan teman wanitanya ditahan polis di sebuah rumah sekitar Paya Terubong, Butterworth kira-kira pukul 6.30 pagi pada Isnin.

Kedua-dua suspek yang berusia 24 tahun dan 20 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Isnin hingga 9 Februari depan, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Suspek dibawa ke Mahkamah Butterworth pada pukul 10.49 pagi sambil diiringi polis untuk mendapatkan proses reman.

Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau atas kesalahan memukul kedua-dua ibu bapanya serta positif dadah.

Artikel Lain