suria

Bayi 4 bulan maut di taska ada unsur cuai, abai

Tangkap layar video dan foto di laman X.

KEMATIAN bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, pada minggu lalu, didapati ada unsur kecuaian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, setakat ini enam individu telah diambil keterangan termasuk dari suspek iaitu pengasuh.

"Siasatan masih berjalan dan setakat ini terdapat unsur kecuaian dan pengabaian pengasuh kerana meninggalkan mangsa dalam tempoh masa yang lama tanpa pemantauan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 4 bulan meninggal di taska tak berlesen - “Dunia akhirat saya tak maafkan”

Menurut Akmalrizal, pihaknya sedang menunggu keputusan makmal bagi mengetahui punca kematian bayi tersebut.

Tambah beliau, kertas siasatan kes sudah dirujuk kepada Bahagian D5 (Pendakwaan/ Undang-Undang) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pada 3 Januari lalu, seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Saujana Putra.

Dilaporkan, bayi berkenaan didapati dalam keadaan kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas ketika dibawa ke klinik juga di di Bandar Saujana Putra.

Bayi itu kemudian dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Cyberjaya sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain