suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka bunyi mercun, rupanya tembakan... Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran

Mayat mangsa dibawa polis untuk tindakan lanjut.

SEORANG lelaki maut ditembak ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru.

Difahamkan, mangsa bersama rakan-rakannya menikmati hidangan di hadapan restoran pada kira-kira 11.30 pagi Rabu, sebelum ditembak.

Menurut seorang pekerja bengkel yang enggan dikenali, dia terdengar tiga bunyi letupan berturut-turut dan seorang penunggang motosikal melarikan diri dari tempat kejadian.

"Selepas itu, kami melihat seorang lelaki terbaring di lantai di hadapan restoran," katanya yang pada mulanya menyangka ia bunyi orang bermain mercun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, satu kenyataan berhubung kejadian akan dikeluarkan. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain