suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 warga emas temui ajal, kereta langgar pembahagi tol

Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Besi.

MALANG tidak berbau, dua lelaki warga emas menemui ajal dekat Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Serdang.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa, kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi.

Perkara itu disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar yang memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 3.42 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan yang membabitkan Honda CRV itu menyebabkan dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan oleh anggota bomba," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain