suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Ibu maut disengat tebuan

Seorang ibu meninggal dunia akibat disengat tebuan. -Gambar hiasan

SEORANG suri rumah maut akibat disengat tebuan di kediamannya di Taman Semarak, Sungai Pasir di Sungai Petani, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, mangsa berusia 61 tahun itu dilaporkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

"Anak lelaki mangsa yang pulang ke rumah menyedari ibunya dalam kesakitan.

"Dia dimaklumkan oleh mangsa bahawa terkena sengatan tebuan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Wan Azharuddin berkata, anak lelaki mangsa mendapatkan bantuan kecemasan, dan ibunya dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden tersebut," kata Wan Azharuddin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain