suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Proton Saga jatuh tebing akibat tanah runtuh di Pandan Indah

Sebuah kereta jatuh ke dalam tebing yang runtuh pada awal pagi Isnin.

TIADA kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tanah runtuh di Lembah Maju, Pandan Indah pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pihak polis dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 4.35 pagi.

"Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bergegas ke lokasi kejadian.

"Lokasi yang terlibat adalah kawasan tempat letak kereta awam berhampiran longkang besar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh di Cameron Highlands, Myvi rosak dihempap tiang tumbang

Sebuah kereta Proton Saga jatuh ke dalam tebing yang runtuh dan pemiliknya telah dimaklumkan, tambahnya.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan. Pihak berkuasa sedang menganalisis cerun sebelum cuba mengeluarkan kenderaan tersebut," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain