suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jari melecur, mulut berbuih selepas cas telefon dalam bas ekspres... Remaja maut renjatan elektrik sempat jerit minta tolong

Mangsa diberikan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.

MALANG tidak berbau.

Begitulah nasib seorang remaja lelaki yang maut akibat terkena renjatan elektrik selepas telefon bimbit dicas pada soket dalam bas ekspres di terminal Penang Sentral, Pulai Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 7.40 petang Jumaat.

Katanya, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi,18, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Lebih kurang pukul 6.10 petang, salah seorang penumpang telah beritahu kepada pemandu tersebut bahawa mangsa telah menjerit dalam keadaan mulut berbuih sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan awal.

“Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik semasa mangsa mengecas telefon bimbitnya dan penghujung kabel cair selain peranti tersebut dalam keadaan panas,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 17 saat yang memaparkan mangsa diberikan rawatan awal di dalam bas ekspres berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain