suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai kadet ditekap seterika, polis rekod keterangan suspek kes buli UPNM

Kisah penuntut UPNM yang dibuli kecoh diperkatakan sejak minggu lalu. -Gambar hiasan

POLIS telah merekodkan keterangan suspek yang dikaitkan dengan kes buli membabitkan pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Keterangan suspek diambil pada Sabtu, namun tiada tangkapan dibuat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan perkara itu.

“Kenyataan suspek telah diambil,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PM beri amaran, arah KPT dan menteri jangan tolak ansur budaya buli di kampus

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan satu laporan dibuat mangsa berusia 20 tahun pada Jumaat.

Rabu lalu, media melaporkan seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu.

Dalam kenyataan sama, ATM turut mengesahkan kejadian melibatkan mangsa yang dibuli dan melecur pada dada akibat ditekap seterika seperti yang tular di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain