suria

Mayat lelaki ditemukan dalam sawah, isteri risau tak balik makan tengah hari

Mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam sawah padi.

JASAD tidak bernyawa seorang lelaki berusia 67 tahun ditemukan dalam sawah padi dekat Simpang Empat, Kedah, apabila rakannya melaporkan dia tidak pulang ke rumah sejak Sabtu.

Menurut polis, isteri mangsa mendapatkan bantuan daripada seorang kawan untuk mencari suaminya sebelum mayat ditemukan sekitar pukul 2.45 petang pada hari sama.

"Dipercayai kematian mangsa berlaku antara pukul 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

"Siasatan kami mendapati mangsa keluar dari rumah untuk bekerja di sawah padi pada pukul 7.15 pagi. Dia masih kelihatan di kawasan sawah pada pukul 9.30 pagi, namun gagal pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada pukul 1.30 petang.

"Pada pukul 2.45 petang mangsa ditemukan meninggal dunia dengan keadaannya terbaring di dalam sawah padi yang sedang diusahakan," kata polis menerusi satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah pada badan mangsa, mayat seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain