suria

Ibu lapor polis selepas anak 2 tahun mengadu sakit, dicabul tukang masak di ‘food court’

Mencabul kanak-kanak bawah umur adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki dicabul seorang lelaki warga asing ketika bermain sekitar Medan Selera Pandan Indah, Kuala Lumpur dalam kejadian Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, laporan berhubung kejadian dibuat ibu kanak-kanak terbabit sejurus anaknya mengadu sakit selepas insiden itu.

“Mangsa memaklumkan, seorang lelaki telah membuat sesuatu tidak senonoh kepadanya ketika bermain di kawasan sekitar.

"Setelah diperiksa, pegawai perubatan mengesahkan perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Susulan laporan diterima, polis mengambil tindakan dengan menahan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun sekitar Pandan Indah pada Khamis.

“Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah gerai didapati ‘bersih’ daripada sebarang rekod jenayah.

“Perintah tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama lima hari iaitu bermula Jumaat lepas hingga Rabu ini,” jelasnya.

Tambah Azam, kes disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan, lelaki berkenaan hendaklah dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain