suria

Menyayat hati... Tiga beranak rentung ketika cuba selamatkan ahli keluarga

Kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau yang mengorbankan nyawa tiga beranak. -Foto media sosial

SEORANG ibu ditemui rentung bersama dua anaknya, selepas sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang, musnah dijilat api dalam kejadian pada pukul 7.00 pagi Sabtu.

Polis mengesahkan identiti tiga beranak yang maut sebagai Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, Mohammad Ibrahim Saida Mohamed, 33 dan N Rahbiah Jasmin, 19.

Manakala seorang lagi anak lelaki kepada Noorul Bowjiya iaitu Abdul Rashideen, 29, terselamat dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, Noorul Bowjiya yang juga seorang balu tinggal bersama tiga anaknya yang masih bujang dan mereka sekeluarga mengusahakan perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu dengar jeritan dalam rumah terbakar, bomba nafi 3 budak rentung

Dilaporkan, ketika kejadian, Noorul Bowjiya bersama dua anak lelakinya itu berjaya keluar dari rumah.

Bagaimanapun sebaik menyedari bahawa seorang lagi anak perempuannya tidur di tingkat atas, Noorul Bowjiya dan seorang anaknya iaitu Mohammad Ibrahim masuk semula menyebabkan mereka berdua turut terperangkap.

Kamarul Rizal berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Jenazah dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi tujuan bedah siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain