suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faisal Halim dibenar pulang, jalani rawatan di rumah

Faisal Halim dibenar keluar dari hospital. -Gambar fail (Bernama)

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim difahamkan sudah discaj dari hospital di Shah Alam.

Pemain berusia 26 tahun itu menjalani rawatan sejak 5 Mei lalu, dan meninggalkan Hospital Avisena pada tengah Sabtu.

Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan akan terus menjalani rawatan, pemulihan dan rawatan psikologi di kediamannya, yang mana lokasi tidak didedahkan.

"Kita percaya adalah terbaik bagi dia bersama insan tersayang pada masa ini. Kita akan memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan dia kembali bermain apabila sihat sepenuhnya," kata Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua penyerang tidak dikenali dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada 5 Mei lalu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain