suria

“Dia janji mahu jumpa kami pada Hari Gawai” - Jasad mendiang Joanna Felicia dikebumikan di Serian

Ramai ahli keluarga hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Joanna.

JASAD mendiang Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia Rohna, 26, yang terlibat dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak dijangka dikebumikan pada pukul 9 pagi, Khamis.

Upacara pengebumian ibu kepada dua anak itu dijalankan mengikut istiadat rasmi TLDM di Tanah Perkuburan Kristian di Kampung Engkeroh Tebakang, Serian, Sarawak.

Terdahulu, pesawat C-130 yang membawa jasad mendiang Joanna dari Ipoh, Perak tiba di Pangkalan Udara TUDM, Kuching pada 11.54 malam, Rabu.

Jasad mendiang kemudiannya dibawa ke Kampung Engkaroh Tebakang dan tiba kira-kira pukul 2.08 pagi.

Mendiang Joanna meninggalkan dua cahaya mata.

Mendiang Joanna meninggalkan dua cahaya mata.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi kediaman keluarga mendiang di mana ahli keluarga berkumpul seawal pukul 5 petang Rabu untuk memberikan penghormatan terakhir.

"Tak sangka, pertemuan kali ini merupakan yang terakhir.

"Sebelum ini, dia sudah berjanji mahu berjumpa dengan kami jika berkesempatan pulang pada sambutan Hari Gawai kelak.

"Namun siapa sangka begini jadinya pertemuan kami," kata Richard Jiubat Bluka yang merupakan saudara terdekat kepada mendiang.

Untuk rekod, negara digemparkan dengan nahas dua helikopter TLDM yang bertembung ketika sedang membuat latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, kira-kira pukul 9.32 pagi Selasa.

Daripada kesemua 10 mangsa yang terkorban, tiga daripadanya berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6, manakala tujuh lagi berada di dalam helikopter HOM M503-3. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain