suria

Kejadian betul-betul atas kepala... Saksi rakam helikopter bertembung dekat kolam renang TLDM

Rakaman dari jarak dekat insiden dua helikopter bertembung dan terhempas.

NAHAS membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada pagi Selasa menggembarkan negara.

Susulan itu banyak foto dan video dikongsikan saksi yang berada di tempat kejadian di media sosial.

Antara yang mendebarkan momen dirakamkan seorang individu menunjukkan pertembungan dua helikopter iaitu jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) dari jarak dekat.

Berdasarkan rakaman berdurasi 5 saat itu, dua helikopter berkenaan bertembung di atas kepala individu tersebut sebelum salah satunya terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada yang terselamat... 10 maut dalam nahas 2 helikopter bertembung di Lumut

ARTIKEL BERKAITAN: 2 helikopter ATM bertembung di udara sebelum terhempas

Kelihatan individu terbabit secara tergesa-gesa cuba menyelamatkan diri.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut.

Sepuluh anggota yang berada dalam kedua-dua helikopter malang berkenaan disahkan terkorban.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain