suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah usahawan terkenal dirompak, kerugian dianggarkan RM3.5 juta

Jongkong emas benilai ribuan ringgit. -Gambar hiasan The Star

SEORANG usahawan wanita mengalami kerugian sekitar RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dicuri dari kediamannya, di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat mangsa yang berusia 46 tahun, awal pagi Isnin.

“Ketika kejadian, rumah mangsa tidak berpenghuni dan kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya telah dirosakkan suspek.

“Pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, anggaran kerugian adalah RM3.5 juta kerana membabitkan jongkong emas, beberapa buah beg tangan pelbagai jenama, barangan kemas milik ahli keluarganya dan wang tunai.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kes masih di dalam siasatan pihak polis. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan maklumat pada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain