suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Temui ajal di landasan kereta api, 3 maut dilanggar tren komuter

Pasukan bomba berada di lokasi kejadian. -Gambar JBPM

TIGA warga Bangladesh maut akibat dilanggar tren komuter.

Kejadian berlaku di landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Taman Puncak Utama Jade Hill dekat Kajang, Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, insiden berlaku pada kira-kira pukul 10.53 malam Ahad.

"Mangsa didapati menceroboh masuk ke kawasan landasan.

"Kesemua mangsa berusia antara 30 dan 40 tahun dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, akibat pelanggaran itu, kesemua mangsa tercampak ke sisi laluan tren komuter

Beliau menambah, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain