suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pergi balai nak buat laporan polis, tapi pengadu dirogol Inspektor!

Merogol adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG pengawai penyiasat berpangkat Inspektor direman selepas disyaki merogol pengadu yang datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan pada Ahad.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat bermula Selasa sehingga Isnin depan.

Suspek yang merupakan pegawai polis berusia 38 tahun terbabit direman bagi membolehkan siasatan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Semasa prosiding reman berlangsung, peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pegawai polis itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain