suria

Wanita terkoyak perut, ditikam bertubi-tubi guna pisau potong sayur! Kawan kakak mengganas depan rumah

Mencederakan orang lain dengan sengaja merupakan satu jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita cedera di perut dan beberapa bahagian badan lain selepas ditikam dalam satu pergaduhan di hadapan rumahnya di Batang Kali, Selangor, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian pada pukul 4.04 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang merupakan rakan kakaknya.

"Suspek disyaki menikam mangsa pada bahagian perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 26.5 sentimeter (cm).

“Mangsa terlibat itu mengalami luka koyakan pada perut, cedera pada bahu, tangan kiri dan tangan kanan, serta bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Selayang,” katanya.

Faizal berkata, susulan kejadian itu, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan di sekitar kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan pihaknya akan memohon tahanan reman ke atas wanita itu di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain