suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apa status pengampunan Najib? Lembaga Pengampunan akan buat kenyataan rasmi

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa.

STATUS mengenai permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diketahui sedikit masa lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bagaimanapun berkata Lembaga Pengampunan dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung hal itu.

"Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

"Ia diadakan pada Isnin di Istana Negara. Ya (saya menghadiri mesyuarat itu)," katanya tanpa memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Dr Zaliha berkata demikian selepas melancarkan Draf Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2040 pada Selasa.

Mesyuarat yang diadakan pada Isnin adalah mesyuarat rasmi terakhir Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum pemerintahan baginda berakhir.

Najib kini menjalani hukuman penjara di penjara Kajang selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain