suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN: PH-BN umum tawan Negeri Sembilan, menang lebih separuh daripada 36 kerusi

PH-BN umum menang di Negeri Sembilan.

PAKATAN Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menawan Negeri Sembilan dengan keputusan tidak rasmi, menunjukkan kerajaan perpaduan menang majoriti kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pakatan itu setakat ini memperoleh lebih separuh daripada 36 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antaranya DUN Pertang, Palong, Senaling, Chennah, Rahang, Nilai, Lukut, Rantau, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Mambau, Sikamat, Repah, Klawang, Bahau, dan Seremban Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Perikatan Nasional umum menang di Terengganu, cukup untuk bentuk kerajaan negeri

Antara lain, DUN Sg Lui, Gemencheh, Chembong, Linggi, Kota, Jeram Padang dan Johol.

Mengikut keputusan tidak rasmi, Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Gemas, Bagan Pinang dan Paroi.

Untuk rekod, Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan kali ini iaitu 36 DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36). - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain