suria

Keputusan tak rasmi PRN 2023

245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan menerusi PRN kali ini.

PILIHAN Raya Negeri (PRN) pada berakhir pada jam 6 petang Sabtu.

Ia melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi 36 DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

Sehingga kini peti-peti undi telah dibawa ke pusat penjumlahan untuk dikira.

PRN1

Azmin Ali, Rina Harun dan Sanusi antara yang bertanding PRN hari ini.

Antara nama-nama 'panas' yang turut bertanding adalah Amirudin Shari (PH-PKR) N16 Sungai Tua, Mohamed Azmin Ali (PN-Bersatu) N18 Hulu Kelang, Rina Mohd Harun (PN-Bersatu) N41 Batu Tiga dan Muhammad Sanusi Md Nor (PN-PAS) N24 Jeneri.

Berikut merupakan keputusan tidak rasmi bagi PRN 2023.

Selangor

Danial Al-Rashid (Pakatan Harapan) mendahului dengan majoriti 2,592 di Batu Tiga (N41) setakat 10.50 malam. Beliau meraih 22,401 undi, diikuti 19,809 undi untuk Datuk Seri Rina Harun dari Perikatan Nasional dan 1,350 undi untuk Cheda Razak dari Muda.

Keputusan tidak rasmi: Datuk Seri Azmin Ali dari Perikatan Nasional telah memenangi Kerusi Hulu Kelang menentang Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan.

Rasmi jam 9.18 malam, Papparaidu A/L Veraman menang N52 Banting dengan 27,110 undi. Saravanan A/L Mutto Krishnan (PN - 5,111 undi) dan Ang Wei Yang (Bebas - 1434 undi).

Keputusan rasmi N47 Pandamaran jam 9.18 malam, Tony Leung Tuck Chee (Harapan) menang dengan 47,099 undi, menewaskan B.Gunalan (BN - 6,701 undi) dan Tan Kang Yap (PRM - 479 undi).

Keputusan rasmi 9.15 malam, Rajiv Rishyakaran (Harapan) menang 28,221 undi di N34 Bukit Gasing, menewaskan Nallan Dhanabalan dari PN (3,255 undi) dan VKK Raja dari Muda (1,390 undi).

Keputusan rasmi jam 9.14 malam, Michelle Ng Mei Sze menang N31 Subang Jaya dengan 60,697 undi, menewaskan S.Gana (PN) 9,72 undi dan Zayd Shaukat (Muda) 4,790 undi.

Keputusan rasmi jam 9.13 malam, Lim Yi Wei (Harapan) menang N35 Kampung Tunku dengan 32,925 undi, menewaskan Ruby Chin (PN) yang menerima 3,308 undi.

Keputusan rasmi jam 9.13 malam, Ng Sze Han (Harapan) menang di N30 Kinrara dengan 70,221 undi, menewaskan Wong Yong Kang (PN) dengan 16,351 undi.

Keputusan rasmi jam 9.10 malam, Ng Suee Lim (Harapan) menang N04 Sekinchan dengan 10,232 undi, menewaskan Goh Gaik Meng (PN) dengan 6,214 undi.

Keputusan rasmi jam 9.10 malam, Jamaliah Jamaluddin (Harapan) menang 39,791 di N36 Bandar Utama, menewaskan Aliff Taufid (PN) yang meraih 4,369 undi. Calon Muda iaitu Abe Lim hanya meraih 2,462 undi.

Setakat 9 malam, Danial Al-Rashid (PH) mendahului dengan 6,606 undi di N41 Batu Tiga, menewaskan Rina Harun (PN) dengan 4,892 undi dan Cheda Razak (Muda) dengan 414 undi.

Setakat 8.52 malam, Nurul Syazwani Noh dari Perikatan muncul pemenang di Permatang dengan 12,846 undi menentang Mohd Yahya Mat Sahri dari Pakatan Harapan yang memperoleh 11,118 undi.

Keputusan rasmi jam 8.39 malam, N08 Sungai Burong, calon PN Dr Zamri Mantop menang 15,447 undi, menewaskan calon BN Ustaz Khir yang meraih 8.605 undi.

Sehingga 8.20 malam, gabungan perpaduan Pakatan Harapan-Barisan Nasional mendahului 31 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan di Selangor dalam keputusan tidak rasmi.

Perikatan Nasional mendahului dengan 12 kerusi dan Muda, satu kerusi, dalam pilihan raya negeri.

Setakat 8.16 malam, Amirudin Shari (Pakatan Harapan) mendahului dengan 10,045 undi di DUN Sungai Tua, mendahului calon PN Hanif Jamaluddin dan calon bebas Suman Gopal.

Azmin Ali (PN) meraih 334 undi setakat 7.22 malam, manakala calon PH Juwairita Zulkifli meraih 232 undi.

Kerusi DUN Rawang menyaksikan Chua Wei Kiat - PH-PKR meraih 29,308 undi manakala, R. Rejean (PN-Bersatu) menerima 9,865 undi.

Penyanyi rap Syed Ahmad atau Altimet (PH) mendahului kerusi DUN Lembah Jaya dengan 3,151 undi manakala Cikgu Sharifah dari PN daripada PAS mendapat 1,803 undi.

Kedah

Keputusan rasmi: Bekas pemain bola sepak dan calon Perikatan Nasional Radhi Mat Din memenangi kerusi Alor Mengkudu di Kedah. Beliau menang dengan majoriti 10,104 undi menentang orang kuat Pakatan Harapan Datuk Mahfuz Omar.

Penyokong Perikatan Nasional bergembira selepas mendengar gabungan itu berjaya mengekalkan negeri Kedah dengan majoriti mudah selepas secara tidak rasmi memenangi 19 daripada 36 kerusi DUN.

N24 Jeneri: Muhammad Sanusi Md Nor dari Perikatan Nasional mendahului dengan 19,251 undi. Saingannya Muhamad Khizri Abu Kassim memperoleh 4,861 undi setakat 8.56 malam.

N22 Gurun: Bekas bintang bola sepak Baddrol Bakhtiar dari Perikatan Nasional mendahului dengan 13,098 undi. Saingannya, Mohd Firdaus Johari dari Pakatan Harapan memperoleh 9742 undi setakat 8.30 malam.

Terengganu

Setakat 8.44 malam, PAS mengisytiharkan kemenangan di 14 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam pilihan raya. Mereka hanya tiga kerusi lagi untuk memperoleh majoriti mudah.

Setakat 8.28 malam, PAS mengisytiharkan kemenangan di empat kerusi - Telemung dengan majoriti 295 undi; Kemasik (6,455), Seberang Takir (2,797) dan Bukit Tunggal (7,721).

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat 'pangkah', wanita warga emas meninggal dunia selepas celup jari

Pulau Pinang

Datuk Seri Reezal Naina Merican (Barisan Nasional) memenangi kerusi Bertam di Pulau Pinang. Beliau memperoleh 10,453 undi untuk menyingkirkan penyandang Perikatan Nasional Khaliq Mehtab Ishaq.

Lim Guan Eng dari Pakatan Harapan telah memenangi kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang.

Setakat 8.38 malam, beliau memperoleh 8,996 undi mengatasi Kong Cheng Ann dari Perikatan Nasional dengan 1,073 undi manakala Teh Yee Cheu dari PRM memperoleh 437 undi.

Ong Ah Teong (PH) mendahului kerusi Batu Lancang di Pulau Pinang. Sehingga 7.50 malam, beliau memperoleh 19,973 undi. Mohd Aswaad Jaafar dari PN meraih 1,602 undi.

Wong Huee Harng (PH) mendahului kerusi negeri Pengkalan Kota di Pulau Pinang. Sehingga 7.45 malam, beliau memperoleh 14,562 undi. Suthakaran Subramaniam (PN) meraih 831 undi.

Teh Lai Heng (PH) mendahului di DUN Komtar di Pulau Pinang. Setakat 7.53 malam, beliau memperoleh 8,807 undi. Cheah Kim Huat (PN) memperoleh 1,673 undi.

Negeri Sembilan

Setakat 8.19 malam, Barisan Nasional (BN) memenangi Senaling dengan majoriti 656 undi. Calonnya Datuk Ismail Lasim mengundi 3,755 menentang Amrina Mohd Khalid dari Perikatan yang mendapat 3,099.

Di Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan setakat ini memperoleh 13,114 undi berbanding Perikatan' Rozmal Malakan yang mempunyai 4,396 undi.

Anthony Loke Siew Fook memenangi kerusi Chennah. Beliau setakat ini telah mengundi 5,302 undi menentang Rosmadi Arif dari Perikatan yang mendapat 3,190 undi. Hanya tinggal tiga aliran lagi untuk dikira.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain