suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Objek disyaki bahan letupan ditemui pada tayar kereta Siti Kasim

Siti Kasim mendakwa objek menyerupai bahan letupan dipasang pada keretanya. -Gambar FB Siti Kasim

PEGUAM kontroversi yang juga aktivis sosial, Siti Kasim, mendakwa satu objek disyaki bahan letupan diletakkan pada keretanya.

Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kasim berkata, objek tersebut dikesan oleh seorang mekanik ketika dia menghantar kereta jenis Toyota Celica miliknya untuk diselenggara di pusat servis dekat Jalan Maarof, Kuala Lumpur, tengah hari Jumaat.

Objek mencurigakan itu kelihatan seperti dua botol mineral yang diisi dengan bahan-bahan tertentu dan disangkut pada bahagian belakang tayar keretanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saingan 10 penjuru... Tian Chua, Siti Kasim dan Cleopatra antara calon rebut Parlimen Batu

Sejurus selepas penemuan tersebut, peguam berkenaan segera menghubungi polis.

"Saya okay, polis sudah di sini. Skuad bom (Unit Pemusnah Bom) pun ada di sini juga. Kereta saya masih di dalam (bengkel)," katanya dalam perkongsian menerusi siaran langsung di Facebook.

Orang awam turut dilihat berkumpul di sekitar kawasan bengkel berkenaan manakala pihak polis sudah memasang pita kuning sebagai langkah keselamatan.

Ketika ini polis menutup sebahagian laluan berhampiran, selain Unit Pemusnah Bom (UPB) sedang melakukan pemeriksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain