suria

Rakan bongkar sifat mulia rider Ducati... Arwah istiqamah solat jemaah, suka hadiri majlis ilmu - “Dia juga pencinta sunah”

Seorang rakan berkongsi cerita tentang sifat mulia arwah sepanjang hayatnya.

RAMAI netizen meluahkan rasa simpati terhadap penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati yang maut selepas tercampak daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) pada Rabu.

Mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azadin, 64, maut di tempat kejadian selepas terbabas sebelum jatuh ke bawah jejambat kerana cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.

Rakan kepada Allahyarham iaitu Mohd Saif Mohd Shariff turut memuat naik nukilan penuh emosi tentang pemergian mangsa menerusi Facebook.

"Last perbualan kami...Assalamualaikum, brother you need to ride, we need to ride, it's been a while kan.. Okey bang inshaAllah on.

553 (1)

Arwah maut selepas tercampak daripada jejambat SUKE pada Rabu.

"Kebetulan memang jarang dapat ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadan. Sempat catch up, berpelukan melepas rindu. We plan to ride soon... Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami," ujar Mohd Said.

Bercerita mengenai persahabatan mereka sejak tahun 2016, Mohd Said berkata Allahyarham merupakan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berpengalaman.

"Ramai yang mengenalinya terutama sahabat-sahabat riding. Beliau merupakan seorang sahabat yang cool malah saya menganggapnya sebagai seorang abang dan menghormatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang Ducati maut elak motosikal lawan arus, tercampak dari ‘flyover’

"Awal-awal riding sekitar 2016, 2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang. No doubt riding skill dia yang amat baik, boleh dikatakan seorang yang luar biasa apabila mengendalikan jentera," ujarnya lagi.

Selain topik permotoran, Mohd Said berkata Allahyarham juga kerap solat berjemaah di masjid dan sering berbicara tentang soal agama.

Seorang rakan berkongsi cerita tentang sifat mulia arwah sepanjang hayatnya.

Gambar kenangan bersama arwah Ahmad Fadzil.

"Perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, his past experience riding sort of models, general topics dan pastinya perbincangan ilmiah a-Quran dan sunah yang kami dapat manfaat bersama-sama.

"Semuanya kami sepakat dalam hal agama, Alhamdulillah sahabat manhaj yang tulen. Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunah, seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah, saf depan pasti miliknya.

"Sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunah, tidak pernah lepas daripada tangannya al-Quran setiap hari dan pagi.

"Ke mana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik untuk berjemaah di masjid. Perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya atauran Allah terbaik untuknya," tulisnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain