suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas jerat ‘scammer’! TH gesa pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan di Telegram

TH memaklumkan terdapat 'scammer' menyamar dan menggunakan nama serta logo TH untuk menawarkan skim pelaburan -IZZRAFIQ ALIAS/The Star

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menasihatkan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan wang tunai lumayan.

Peringatan itu susulan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) telah menyamar dan menggunakan nama serta logo TH untuk menawarkan skim pelaburan di platform Telegram.

"Scammer tersebut turut menubuhkan Group Chat (Tabung Haji & Pelaburan) di Telegram untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.

"TH menasihatkan supaya pendeposit mahupun orang ramai untuk tidak percaya dengan tawaran dari pihak ketiga," menurut TH dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut TH lagi, ia terus komited untuk memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara tersebut kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain