suria

Samseng habis! Lelaki main ‘tunjal-tunjal’ kepala pemandu wanita, marah potong di selekoh - “Pecah muka kau kejap lagi”

Tangkap layar aksi samseng pemandu lelaki yang mengasarii seorang pemandu wanita.

VIDEO memaparkan tentang pembuli jalan raya sering kali dikongsikan di media sosial.

Terbaharu, tular satu video di Facebook memperlihatkan seorang lelaki bertindak samseng apabila memarahi seorang pemandu perempuan yang didakwanya memandu secara berbahaya.

Menerusi video yang tular, kelihatan lelaki berbadan gempal dan berbaju merah itu keluar dari keretanya dan segera mengetuk cermin kenderaan pemandu tersebut dengan wajah bengis.

Sebaik cermin kereta diturunkan, lelaki berkenaan menghambur kata-kata kesat dengan lagak tak ubah seperti samseng jalanan.

"Bawa elok-elok sikit... kau main nyawa orang, b**i. Kalau aku sepak (tampar) kau, dengan orang sebelah kau pun aku sepak,” katanya, garang.

Biarpun cuba dijelaskan secara baik oleh pemandu wanita berkenaan bahawa dia tidak bersalah keraba memotong di garisan putus-putus, lelaki tersebut tetap berkeras dan menyalahkannya.

"Kau jangan nak menjawab dengan aku. Kau main nyawa orang. Kau nak kenal aku siapa tak? Lagi kau nak tinggi suara. Line putus-putus b***k kau. Tak nampak ke depan corner (selekoh)? Pecah muka kau kejap lagi," demikian kata-kata yang dihamburkannya.

Tidak sekadar menghamburkan kemarahan dengan disusuli perkataan kesat, lelaki itu juga dilihat menunjal kepala pemandu tersebut sebanyak dua kali sebelum berlalu.

Video itu dipercayai dirakam oleh penumpang yang duduk di sebelah pemandu wanita tersebut, sebelum dimuat naik di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hoi! Mana boleh blok jalan macam ni bang” - Pengguna bengang pemandu Chevrolet plat ‘J’ sibuk nak bergaduh, halang lalu lintas

Menerusi hantaran yang dikongsikan pemandu wanita berkenaan di laman sosial, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands.

"Silap aku tak ada dashcam jer. Sepanjang jalan tunjuk isyarat lucah (masa potong aku buka tingkap kiri kanan) jadi abang besar nampak la saya perempuan. Jalan Tapah mana tak ada corner bang?

"Jantan dayus. Ugut, pukul perempuan. Tak pernah lagi orang main kepala aku bang," kongsinya.

Sentuh je, memang ke lokaplah kau. Pukul perempuan berlagak hebat.

NETIZEN

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dipercayai abang kepada pemandu wanita tersebut juga meminta bantuan orang ramai yang mengenali lelaki berbaju merah itu untuk tampil menyalurkan maklumat kepadanya.

"Mohon sesiapa yang mengenali insan ini minta PM saya. Sebab saya teringin nak kenal siapa dia," tulisnya di Facebook.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang berlagak samseng.

komen roadbully

Sebahagian daripada komen netizen yang mengecam lelaki berbaju merah.

Malah mereka turut membuat pautan kepada media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

"Perempuan kau bolehlah tunjuk samseng. Acah-acah 'kenal tak aku siapa?'.

"Tak sabar nak tahu siapakah dia dan keluarga dia. Kalau dalam dua hari tak kena tangkap, tak tahulah!

"Sentuh je, memang ke lokaplah kau. Pukul perempuan berlagak hebat," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain