suria

Yang di-Pertua Dewan Rakyat terajui penerima darjah kebesaran Agong... Allahyarham Nik Aziz, Lim Kit Siang turut serta

Nik Aziz (kiri) antara penerima bawa gelaran Tan Sri.

YANG di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendahului senarai 839 penerima darjah kebesaran dan pingat Persekutuan 2023 daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka di Istana Negara pada 5 Jun.

Beliau dianugerahi darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Turut menerima PSM ialah Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Patmanathan; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seramai 21 individu lagi turut menerima PSM termasuk bekas Pengerusi Kebangsaan, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang.

Selain itu, 28 individu dianugerahi darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Seri Paduka Baginda turut pekenan menganugerahkan darjah Panglima Setia Diraja (PSD) kepada empat individu, Johan Mangku Negara (JMN) kepada 33 penerima, Johan Setia Mahkota (33 penerima), Johan Setia Diraja (3 penerima), Kesatria Mangku Negara (116), Kesatria Setia Diraja (6 penerima), Ahli Mangku Negara (218 penerima), Pingat Pangkuan Negara (316 penerima) dan pingat Bentara Setia Diraja (56 penerima).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain