suria

“Hoi! Mana boleh blok jalan macam ni bang” - Pengguna bengang pemandu Chevrolet plat ‘J’ sibuk nak bergaduh, halang lalu lintas

Tular video perang mulut antara pemandu Chevrolet Malibu dan Proton Exora.

KES pergaduhan di jalan raya bukanlah perkara baharu.

Terbaharu tular satu video di TikTok memperlihatkan dua pemandu kereta bertikam lidah di tengah-tengah jalan raya hingga mengganggu pengguna lain.

Menerusi video pendek itu, sebuah kereta jenis Chevrolet Malibu yang dipandu seorang lelaki di laluan kiri dilihat menghalang laluan Proton Exora di sebelah kanan.

"Suka-suka halang kereta orang tengah jalan, macam gangster," demikian kenyataan yang tertera pada video itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan identiti pemilik video yang dipercayai merakam kejadian berkenaan.

Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok

Pada video sama, pemadu Exora dilihat memberhentikan kenderaan dan turun daripada keretanya untuk bersemuka dengan pemandu Chevrolet.

Namun kedengaran individu yang merakam situasi tegang itu menegur kedua-dua individu tersebut agar tidak terus menghalang lalu lintas.

"Abang, jalan bang. Mana boleh blok jalan macam ni bang... hoi!" katanya menegur pemandu dengan nombor pendaftaran bermula huruf 'J'.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada Selasa malam di Johor Bahru, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berlagak gangster! Pemandu Nissan ‘naik hantu' gara-gara dihon, penumpang wanita menggeletar tengok drama hayun kayu

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan bagi ‘mini love’, rupanya pemandu wanita tunjuk jari tengah! Siap buka tingkap takut tak nampak... “Yang tertutup belum tentu baik”

Video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 140,000 tontonan sebelum ianya dipadam.

Rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu Chevrolet berkenaan dan meminta pihak berwajib untuk mengambil tindakan kerana ianya salah disisi undang-undang.

"Buat laporan polis saja... halang kereta lain dekat jalan sesuka hati dia je.

"Sebab tu la kena beli kamera depan yang padu (baik) untuk jenis-jenis (situasi) macam ni.

Insiden gaduh di jalan raya sehingga menyusahkan pengguna jalan yang lain

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tolong ambil tindakan.

"Abang kalau gangster pun tak macam ni. Selalunya gangster siap bagi double signal parkir kereta dekat tepi," demikian antara komen netizen.

Sebagai peringatan, kes seperti merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang.

Jika terdapat laporan, pihak polis akan menyiasat bagi mengenalpasti sama ada wujud elemen jenayah di bawah kanun keseksaan berkaitan ugutan atau serangan sewaktu kejadian tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain