suria

Bergetar-getar jiwa netizen wanita tengok juruterbang Korea di LIMA’23... Macam ‘oppa’ drama ‘Descendants of the Sun’

Juruterbang Korea Selatan menarik perhatian ramai di LIMA'23.

"ASKAR mereka memang handsome seperti dalam filem rupanya," demikian antara komen netizen.

Keterujaan tersebut bermula daripada satu video tular di TikTok menunjukkan beberapa juruterbang akrobatik Korea Selatan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Jejaka yang disapa sebagai 'oppa' kelihatan segak menyarung pakaian seragam juruterbang hingga menyebabkan ramai cair hati.

Hingga kini video memaparkan anggota pasukan Black Eagle itu menjadi bualan ramai sehingga meraih 2.8 juta tontonan di TikTok.

Lebih menarik apabila peminat tempatan mengaitkan juruterbang kacak itu seperti drama Descendants of the Sun yang terkenal pada tahun 2016.

"Inilah antara sebab aku tak boleh pergi LIMA'23, nanti iman jatuh berterabur susah nak kutip.

"Ya Allah, malam ni juga aku nak kena ulang tengok Descendants of the Sun, kalau tak dapat memiliki, dapat berangan pun cukuplah.

Sebahagian komen warga maya.

"Tolong bertahan wahai diri, aku dah kahwin ni, jangan berbunga-bunga lagi hati please.

"Sudahlah semua, kalau tengok tangan mereka boleh nampak dah ada cincin," kata sebahagian komen warga maya.

Sebagai makluman, LIMA'23 merupakan yang terbesar dalam sejarah penganjuran dengan penglibatan 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain