suria

Juruterbang diganggu laser hijau, suluhan tembus kokpit boleh bahayakan penumpang - “Bro, jangan buat hal!”

Seorang juruterbang terganggu dengan pancaran lazer yang mengaburi penglihatannya.

WAKTU pelepasan dan pendaratan sebuah pesawat merupakan saat yang genting dan kritikal.

Ia memerlukan tumpuan penuh daripada pihak juruterbang dan anak kapal untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan selamat.

Namun begitu, seorang juruterbang menzahirkan kerisauannya apabila dia diganggu dengan suluhan laser ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor baru-baru ini.

Melalui satu video tular di TikTok, juruterbang tersebut merakamkan suluhan cahaya laser yang dipancarkan ke arah kokpitnya daripada sebuah kawasan perumahan.

"Belakang Taman Elmina. Bro, jangan buat macam ni. Untuk pengetahuan anda, masa landing malam, lampu kokpit akan dimalapkan. Supaya kita boleh adjust mata dengan kegelapan di luar.

“Kalau aim tepat kena mata, boleh silau. Boleh bahayakan keselamatan pesawat. Kalau laser berkuasa tinggi, boleh terus buta kami,” katanya dalam video tersebut.

Perkongsian itu mengundang kebimbangan dari warga maya yang risau akan keselamatan pesawat itu dan penumpangnya.

"Tak kena tangkap ke? Di luar negara, lepas kena suluh, dia orang dah tahu di mana. Terus polis angkut kurang daripada 10 minit. Di Malaysia tak tahulah.

"Ni laser yang panjang macam batang pensil tu. Memang terang laser ni, dulu pernah beli. Kalau kena mata memang hijau terus rasa 'dunia'.

"Kawasan berdekatan lapangan terbang ada peraturan kena dipatuhi. Jangan sembarangan bakar, terbangkan atau apa-apa dan sebagainya. Moga Allah lindungi kita semua," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain