suria

Kecoh penganjuran parti seks liar... Polis beri amaran, bakal ambil tindakan tegas

Tular penganjuran parti seks liar. gambar hiasan / foto: Freepik

POLIS membuka kertas siasatan susulan penularan poster mengenai penganjuran aktiviti tidak bermoral di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tersebar poster acara itu di laman Twitter pada Rabu, yang mempromosikan pesta seks liar.

"Acara itu sepatutnya diadakan pada 20 Jun antara 4 petang hingga 9 malam.

"Penganjuran acara seumpama itu melanggar undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Kamarul Zaman berkata, polis telah membuka kertas siasatan mengikut mengikut Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Beliau turut mengeluarkan amaran terhadap penganjur parti supaya menghentikan dan membatalkan pengajuran acara tersebut serta-merta.

"Polis akan terus memantau sebarang acara dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penganjur sekiranya terdapat perlanggaran undang-undang," tambahnya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Menurut Kamarul Zaman, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.

Pada Rabu, tular poster 'Gang Bang JB Party' yang dijangka diadakan pada 20 Jun ini.

Pada Selasa, kerajaan negeri Johor memberi amaran bahawa tiada sebarang aktiviti tidak bermoral diadakan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid turut meminta semua pihak membantu mencegah perbuatan tidak bermoral dan maksiat seperti itu di negeri ini.

Menurutnya, beliau sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) untuk mengambil tindakan segera tentang perkara itu.

"Jangan cuba berkelakuan dengan perangai buruk di Johor, mengajak orang melakukan maksiat terang-terangan dan tak bermoral.

"Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini," tegasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain