suria

Demi haiwan kesayangan, wanita tawar harga RM909,999 untuk plat ‘FF9’

Ivan Wong sanggup bida nombor FF9 untuk memperingati haiwan kesayangan.

SEORANG wanita sanggup membida nombor plat khas FF9 dengan harga RM909,999 sebagai memperingati haiwan kesayangannya.

Mana tidaknya, haiwan tersebut dikatakan teman setianya.

Dikenali sebagai Ivon Wong, dia menyatakan nombor tersebut penting baginya sebagai cara mengingati haiwan kesayangannya Fei Fei, yang mati tiga tahun lalu.

"Ia mewakili kenangan terindah dan ikatan yang saya kongsi dengan anjing saya Fei Fei.

"Apabila saya pulang dari kerja atau ketika saya melalui masa sukar, Fei Fei sentiasa ada untuk menyambut saya," katanya.

Merupakan usahawan dalam produk kecantikan, Wong mengakui dia tidak berjaya mendapatkan nombor yang diingini itu selepas seorang lagi pembida meletakkan harga RM911,999, RM2,000 melebihi nilai yang diletakkan.

Ujar wanita berusia 35 tahun itu lagi, dia tidak berasa sedih kerana sudah mempunyai dua buah kereta yang mana McLaren 720S dan Mercedes, masing-masing dengan nombor plat '9'.

Terdahulu, siri nombor plat khas 'FF' mendapat perhatian ramai sehingga menarik ramai pembida untuk menempah siri itu.

Siri nombor plat khas 'FF' dilancarkan sempena ulang tahun ke-77 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pembidaan dalam talian berakhir pada 19 Mei.

22 Mei lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan siri nombor plat khas 'FF' telah mengumpul hasil rekod sebanyak RM34,296,327. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain