suria

Tiada lagi subsidi elektrik untuk T20, kos haji juga kena bayar penuh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab mengenai kenaikan tarif elektrik di Parlimen. Foto: Bernama

KERAJAAN tidak akan menaikkan tarif elektrik kecuali bagi kumpulan isi rumah T20, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita (kerajaan) tidak akan menaikkan tarif elektrik kecuali untuk T20.

"Untuk T20 saja iaitu rumah-rumah besar tidak akan diberikan subsidi elektrik," katanya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: T20 tak lagi nikmati subsidi bahan api tahun depan, hanya untuk golongan sasaran

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Larut merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ingin mengetahui dasar-dasar baharu dan drastik yang telah dilaksanakan semenjak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko pengucupan ekonomi dunia.

Anwar menambah, Pangkalan Data Utama (Padu) akan menjadi agensi utama untuk menyelaraskan perkara itu.

Perdana Menteri turut menyatakan bahawa golongan T20 juga perlu menanggung kos keseluruhan haji.

"Kita tidak akan lagi memberi subsidi kepada mereka dan mereka perlu membayar kos penuh kerana mereka dalam kalangan orang yang mampu,” kata Anwar lagi. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain