suria

Tawaran diskaun saman trafik hingga 60 peratus! Ketahui 11 kesalahan tak dapat pengurangan

Orang ramai yang mempunyai saman trafik boleh mendapat diskaun sehingga 60 peratus mulai 20 sehingga 31 Mac.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus, mulai Isinin (20 Mac) hingga akhir bulan ini.

Tawaran tersebut dibuat sempena Hari Polis Ke-216.

Menurut pengumuman menerusi laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur pada Ahad, tawaran itu berlangsung sehingga 31 Mac.

Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC), kemalangan, menggunakan lorong kecemasan, bicara mahkamah, saman berstatus waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos, memotong di garisan berkembar dan saman Op Selamat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain