suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beri sokongan moral buat mangsa gempa bumi, Anwar pertimbang untuk ke Turkiye malam ini

Anwar sedang mempertimbangkan untuk ke Turkiye malam ini.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan untuk terbang ke Turkiye sebagai tanda sokongan moral kepada mangsa gempa bumi di sana.

Anwar berkata beliau menerima dua panggilan telefon daripada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang telah melahirkan rasa terima kasih atas bantuan dan usaha pantas itu dan pada masa yang sama meminta kerjasama lanjut daripada Malaysia.

"Saya ditanya secara peribadi oleh Presiden Turkiye sama ada saya boleh memberikan sokongan moral dan saya sedang mempertimbangkan untuk terbang ke Turkiye malam ini (Selasa) untuk menambah sokongan kami kerana beberapa pemimpin kami sudah berada di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: 94 jam terperangkap bawah runtuhan, mangsa gempa bumi Turkiye bertahan dengan minum air kencing

"Dan Presiden telah bertanya sama ada saya boleh pergi ke sana juga," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta untuk membantu mangsa gempa bumi, termasuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Sultan Johor.

Beliau turut mendedahkan sejumlah RM4 juta telah dibelanjakan untuk menempatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Gempa bumi berukuran 7.8 skala Magnitud melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin sehingga meragut ribuan nyawa.

Kesannya juga dilaporkan dirasai di Cyprus dan Lubnan. - The Star.

Artikel Lain