suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 lelaki ditahan kes gaduh rider, geng baju merah

Tangkap layar video pergaduhan menjadi tular di media sosial.

POLIS menahan 11 lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung video tular mengenai pergaduhan membabitkan sekumpulan individu dan seorang penghantar makanan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, seorang lelaki membuat laporan mengenai pergaduhan antara pengadu bersama keluarganya dengan seorang penghantar makanan pada pukul 2.30 petang Isnin.

"Pergaduhan berlaku di sebuah inap desa (homestay) di Sri Gading. Penghantar makanan juga telah membuat laporan polis dan kedua-dua pengadu mengalami cedera ringan di kepala dan badan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia kacau sukaneka kami" - Isteri rider bikin panas punca pergelutan, wakil geng baju merah dedah perkara sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Abang botak maki-maki terus 'makan penumbuk'! Kecoh rider, isteri dibelasah 'berjemaah'... siap makcik bawa mikrofon

Beliau menambah, polis pada Selasa menahan 11 suspek selepas masing-masing hadir ke balai polis untuk membuat laporan.

Ismail berkata, semakan lanjut mendapati rakaman video pergaduhan mereka telah tular di media sosial.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes berkenaan kerana boleh menjejaskan siasatan," katanya.

Tambah Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain