suria

Polis Kedah jamin siasatan telus kes rogol remaja babitkan Inspektor

Remaja dakwa dirogol Inspektor dalam bilik pejabat. - Gambar hiasan

POLIS Kedah komited menjalankan siasatan telus, adil dan saksama terhadap seorang pegawai kanan yang didakwa merogol seorang remaja perempuan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan polis berkaitan kejadian rogol yang dipercayai berlaku pada 28 Disember 2022 kira-kira jam 6.25 petang.

"Seorang remaja perempuan mendakwa inspektor polis merogolnya di pejabatnya di ibu pejabat polis daerah Yan di Kedah.

"Gadis itu merupakan pengadu bagi satu lagi kes polis dan suspek kes ini adalah pegawai penyiasat kes berkenaan.

"Siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor tak tahan nafsu ketika jalankan siasatan, remaja perempuan dakwa dirogol... ada kesan air mani pada cadar

Wan Hassan berkata, suspek telah ditahan dan direman untuk siasatan sehingga 5 Januari.

"Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan," katanya.

Wan Hassan menambah, polis sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai agensi penguatkuasaan utama negara.

"Polis Kedah berjanji siasatan telus, adil dan saksama akan dijalankan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Kedah pada kadar segera agar penjenayah terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Wan Hassan menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman dan kredibiliti polis serta mengganggu siasatan yang sedang berjalan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain