suria

Suami isteri direman 7 hari, disyaki terlibat kes pelayan kedai maut terkena letupan bom

Letupan daripada sebuah bungkusan meragut nyawa seorang pelayan restoran.

SEPASANG suami isteri ditahan berhubung insiden serangan bom yang mengorbankan seorang pelayan di Pandan Indah, Ampang, Selangor pada 29 Disember 2022.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Kedah pada Selasa malam, apabila sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya membuat serbuan untuk menahan suspek.

Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang kini direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam dalam filem, pelayan restoran Pandan Indah maut selepas alih bungkusan atas kereta

Ketika kejadian pada kira-kira pukul 8.50 malam Khamis, pelayan restoran berkenaan difahamkan sedang cuba memeriksa bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan di atas kereta miliknya.

Mangsa, lelaki berusia 28 tahun pergi ke kereta jenis Toyota Corolla Altis miliknya dan melihat bungkusan diletakkan di atasnya kira-kira jam 8.55 malam.

Bagaimanapun, bungkusan itu meletup ketika dia cuba memeriksanya.

Insiden itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di badan serta tangan dan meninggal dunia di Hospital Ampang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain