suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba siasat mungkin ada unsur khianat, cuai... Anjing K9 masuk lokasi kebakaran Jakel Shah Alam

Kebakaran kedua di Wisma Jakel sedang dalam siasatan jika ada wujud unsur khianat.

JABATAN Bomba dan Penyelamat menyiasat kemungkinan wujudnya unsur khianat atau kecuaian berhubung punca kebakaran terbaru di Wisma Jakel.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam berkata siasatan ke atas 16 premis yang hangus dijilat api itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari.

"Ketika ini sampel yang ada diambil dari premis dan dianalisa di makmal penyiasatan Bomba di Bukit Jelutong untuk mengenal pasti punca.

"Setakat masa sekarang, masih belum ada punca kebakaran yang dapat dikenal pasti," katanya kepada pemberita pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas, Jakel tanggung rugi hampir RM100 juta

Tambah Norazam siasatan akan memfokuskan kepada kemungkinan wujudnya unsur khianat untuk sengaja memulakan kebakaran atau kebakaran itu disebabkan bara api daripada kebakaran sebelumnya.

"Pihak kami akan memanggil saksi untuk disoal siasat.

"Kami juga mengerah unit anjing pengesan K9 untuk mengesan jika ada sisa petrol, minyak atau arang.

"Saya juga arahkan pasukan penyiasat memastikan bahawa tidak ada lagi kesan-kesan kebakaran yang boleh menimbulkan kebakaran berulang ," katanya.

Jelas beliau orang awam juga tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan kebakaran yang sedang dalam siasatan.

"Hanya anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menjalankan proses membawa keluar bahan termasuk fabrik dari premis.

"Api dipadamkan sepenuhnya tetapi pemantauan rapi ke atas tempat kejadian akan tetap dijalankan," ujarnya.

Pada Ahad, kebakaran di Wisma Jakel yang merupakan sebuah gedung pakaian dianggarkan menyebabkan kerugian bernilai RM100 juta.

Kebakaran kedua dilaporkan berlaku di premis berdekatan Wisma Jakel pada awal pagi Selasa.

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.45 pagi dan kebakaran di tingkat tiga yang menyimpan langsir berjaya dikawal pada pukul 1:45 pagi.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.07 pagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia