suria

[V] Shah Alam berasap lagi! Kedai tingkat atas sederet Wisma Jakel pula terbakar

Bangunan kedai tingkat atas sederet Wisma Jakel Shah Alam terbakar.

ORANG ramai sekali lagi dikejutkan dengan insiden kebakaran bangunan di Shah Alam, kali ini membabitkan premis tingkat atas berdekatan Wisma Jakel.

Berdasarkan video yang dikongsikan orang awam di media sosial, kebakaran pada awal pagi Selasa itu berlaku di tingkat atas premis Bank Simpanan Nasional (BSN) di Seksyen 7.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas, Jakel tanggung rugi hampir RM100 juta

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jakel Shah Alam terbakar, orang ramai rakam video api marak

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.

Menurutnya, seramai 43 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Damansara, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Raja dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pada jam 1.45 pagi sebelum api berjaya dipadam pada jam 3.07 pagi," katanya pada Selasa.

Susulan daripada kejadian, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kebakaran tersebut.

Kejadian malang ini berlaku hanya selepas dua hari gedung tekstil Jakel cawangan Shah Alam terbakar dipercayai akibat litar pintas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Shah Alam, terbakar, sebelah Jakel

Artikel Lain