suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Jakel Shah Alam terbakar, orang ramai rakam video api marak

Gedung tekstil terkenal Wisma Jakel di Shah Alam terbakar.

UJIAN tahun baharu buat pemilik gedung tekstil terkenal apabila Wisma Jakel di Shah Alam terbakar pada pagi Ahad.

Kejadian itu mengejutkan orang ramai yang lalu lalang di kawasan Seksyen 7 Shah Alam, Selangor tatkala melihat kepulan asap tebal dan api marak dengan begitu cepat.

Difahamkan, kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat.

Video dan foto di lokasi kejadian dikongsikan orang ramai di media sosial.

Beberapa jentera bomba juga dilihat berada di lokasi kejadian untuk memadamkan api.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.

Susulan itu katanya, sepasukan pegawai dan anggota serta aset daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam; BBP Kota Anggerik; BBP Subang; BBP Kota Raja; BBP Damansara; BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong digegaskan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.

"Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pasukan bomba kini dalam tindakan pemadaman bara api di bawah timbunan kain.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain