suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Rakaman warga Rusia panjat Menara Merdeka 118 tak original? Polis minta SKMM siasat ketulenan video

Aksi pasangan dari Rusia ini mengundang kritikan ramai.

POLIS tidak menolak kemungkinan video dan foto tular membabitkan dua warga Rusia didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 dihasilkan melalui teknik suntingan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, mereka akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung hal itu

“Kami sedang bekerjasama dengan SKMM untuk mengesahkan ketulenan video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita Rusia bangga dapat panjat Menara Merdeka 118, takut tapi puas hati! - “Saya lakukan perbuatan gila dan tidak ditahan”

"Kami juga sedang dalam usaha mendapatkan rekod imigresen warga asing itu," katanya kepada pemberita semasa operasi Ambang Tahun Baharu di Jalan Loke Yew di sini pada Ahad.

Beliau berkata polis menerima satu laporan polis berhubung perkara itu.

Malah, pihaknya tidak menolak kemungkinan video itu diubah suai atau disunting secara digital.

“Pihak pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memaklumkan kawalan ketat di menara itu menghalang sesiapa pun daripada memasukinya, apatah lagi memanjatnya.

“Bagaimanapun, kita akan menunggu hasil siasatan selepas berunding dengan SKMM dan Jabatan Imigresen,” katanya.

Pada 28 Disember lalu dilaporkan dua warga Rusia bertindak memanjat Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia sehingga menimbulkan persoalan keselamatan oleh netizen.

Terdahulu, foto dari puncak setelah berjaya ‘didaki’ oleh Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dimuat naik di media sosial dan dikongsi semula di Reddit. The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain